Friday, February 21, 2014

Trip Marsa Matruh and Siwa Oasis, Egypt.

Assalamualaikum

Hai korang! Lama betol tak update blog. wee~ I've been busy. Ecewah! Bukan busy apa pun. Penat kepala weii memikirkan masa depan. Anyway, cuti winter dah start! Memandangkan tahun ni maybe tahun last aku kat Egypt ni lah kan, so rasanya nak pergi lawat seeeemuaa tempat yang best2 kat sini. Tak planning pun nak pergi jalan2 sana sini sebab visa belom siap lagi tapi kitorang gamble ja. Haha! Nasib baik tak kena tahan mana2. Dush! Kembali kepada crita pasal trip Matruh Siwa plak. Kitorang pergi 3 hari. 

First Day.
Perjalanan dari Cairo nak gi Matruh ni memakan masa selama 6 jam kalau naik bas. Lama gila wei! Tapi aku tahan kali ni tak muntah dalam bas. Aku rasa aku lah yang paling cool sekali sebab sepanjang perjalanan tu aku tido. Hahaha! Habis tu nak buat apa lagi? Dah sah sah kiri kanan semuanya padang pasir belaka. :D

Agiba beach. Cantiiiikkknya kaler laut 'turquoise'!  Siap bawa plastik oren lagi kakak ni. haha! Itu bekal kitorang. Well..nak picnic la katakan..Lapar sangat sangat sangat tapi masih ada tenaga utk peace kat camera.. hikhikhik..

Then after siap mandi manda kat sini kitorang gerak pergi Siwa pula. Matruh ke Siwa mengambil masa dalam 3 jam tapi disebabkan driver bas tu tersalah jalan, after 5 hours journey baru sampai ke Siwa. Aku tido mati kot tak sedar pon sesat hampir ke sempadan Libya. Astaghfirullahalazimmm.... Kesian kat driver tu mungkin dia ngantuk sangat agaknya. Hehe. Tak boleh nak salahkan dia sebab anyone pun boleh sesat sebab sepanjang perjalanan tu gelap dan kiri kanan kosong. Scary if you driving alone. Masa tu dalam kepala bermain2 lagu Hotel California. "On a dark desert highway~ Cool wind in my hair~" Anyway sampai dekat Hotel Paradise dalam kol 1 am dan terus menyambung tido. kroookk...


Second Day.

Pemandangan Pekan Siwa. Amacam? Nampak historical kan? This is the remains of the ancient fortress town of Shali.

Untuk pengetahuan korang semua, Siwa ni femes ngan ladang kurma (as you can see behind me), and kebun zaitun (tapi lupa nak amik gambar pokok zaitun tersebut. ciss!) 


Bersemangat sungguh Ustaz Aiman aka Tour Guide kitorang menerangkan sejarah kedatangan Alexander The Great ke Egypt. Bangunan kat belakang tu adalah masjid yang dibina betul2 opposite to the Alexandria Temple. 

Alexandria Temple. Siyesly aku ngantuk giler time ni so aku takleh nak fokus apa Ust Aiman cakap kat depan. Bosan dengan batu bata dan sejarah. Ssape yang minat sejarah confirm suka tempat ni. hehe.

Tasik Garam. Biru disebabkan pantulan warna langit. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan-Mu. (Untunglaa orang2 yang tinggal kat Siwa ni, habis garam kat rumah meh datang tasik garam, mu nak berapa? 10kilo? hamboih! Sekejap ja korek garam tu. hahaha!


Garam-garam ni di import ke luar negara dan mengikut penjelasan Ust Aiman, garam dari Siwa ni berkualiti tinggi.. jadi apalagi? Tapau jangan tak tapau bawa balik. haha!

"Alamak plastik tak bawa nak tapau macam mana? hikhik."

Cleopatra Spring. Air dia suam2 kuku di kala musim sejuk, bila musim panas pulak air dia sejuk. haa begitulah. Aku langsong takde bakat nak jadi tour guide. HAHA! So, lepas dah penat climbing Mountain of Death, Mountain Dakrur, dan bergambar2 di Tasik Garam tadi, kitorang rehat kat cni sementara menunggu selesai solat jumaat. Sampai tetidur2 kat dalam cafe tuh. huks! 

Aktiviti last untuk 2nd day. Safari Trip! Yes I really love this one! AWESOME GILERR WEII! Telebih excited pula. Besalah 1st time try sandboarding. :D Jakun tau tak! hahaha! Ini belum jumpa snow lagi.

Gambar lompat memang wajib.

Dari kiri Julai,Ezat,Kaka Excited lebih,Andi, and Ifa. Masa kitorang main sandboard ni ada ribut pasir, sampai kamera Andi pun masuk pasir sekali, haha! Cian Andi. Anyway balik hotel and get ready to move back to Cairo keesokan hari.

Third Day.

Kali ni driver bas dah cukup tidur sepenuhnya. haha! So before balik Cairo, once again kami singgah kat Matruh. Kali ni pergi Cleopatra Beach. Last destination. Orang Arab panggil 'Hammam Cleopatra' atau Cleopatra Bath sebab kononnya ini tempat mandi beliau. Apesal lah aku cakap beliau. 

Mesti Cleopatra ni cantik orangnya sampai Julius Caesar and Mark Antony boleh terpikat dengan kecantikan beliau. hmmm... beliau lagi. haha! Dush!

Anda dinasihatkan supaya tidak mandi di pantai ini. haha! Ombak besau! Tangkap gambar ja pun cukup la. 



Bagi aku trip ni best! Tambah pula pergi ngan kawan2 se'batch'. Budget LE345 Egyptian Pound tak termasuk Safari Trip LE150 and sewa sandboard LE30. Next time nak pergi luar Egypt pulak. UK ke, Spain ke, Turki ke... Tapi tunggu aku kumpul duit bbyk dulu. Scholar pun tak masuk lagi weeeii! Atau ada sesape nak sponsor aku pun bley jugak. Haha! 

Credit photo to Andi and Ezat.

Till then. Thanks for reading this entry.


No comments:

Post a Comment